Make your own free website on Tripod.com

KEMANAKAH HILANGNYA SEGALA DUIT SEKOLAH ?

Kali ini x-file cuba membentangkan kisah mengenai kehilangan duit sekolah yang menjadi tanda tanya semua orang. Hayatilah kisahnya dengan penuh suspen !

Kisahnya berlaku pada 22 Julai 1996 bersamaan 12 Zulhijah 1415. Ketika itu, pihak sekolah telah banyak menerima wang daripada ibu bapa dan beberapa sponsorship terutamanya KFC. Kesemua duit itu telah diberikan kepada pihak sekolah. Namun apa yang dapat dilihat oleh kami hanya sebuah surau yang tersegam indah di skating ring.

Di manakah baki wang pembinaan surau ? Dan dimanakah janji mereka untuk menghidupkan semula clock tower yang telah lama tidak berfungsi lagi. Kebanyakkan sponsorship yang telah diberikan diberikan di bawah nama Othman iaitu guru bola sepak bawah 15 tahun, warden asrama dan juga guru penasihat pancaragam.

Mengikut satu sumber, kehilangan duit itu adalah berpunca daripada kecuaian pengawasan pihak sekolah di dalam menguruskan perbelanjaan sekolah hingga membelanjakan duit sekolah hanya kepada pancaragam sekolah. Pihak sekolah lebih mementingkan nama daripada muridnya tanpa memikirkan suasana persekitaran pembelajaran.

Tetapi siapakah sebenarnya pengsolap duit ? Adakah Othman atau orang lain. Atau mungkin juga pakcik poolside. Namun demikian, kami disini masih tidak dapek untuk membongkar rahsia siapakah yang menjadi dalang disebalik misteri ini.

 

 

 

© Chempiang 1998