Make your own free website on Tripod.com

Rujukan Kami : 1 MeI, 1998
Rujukan Anda : 1.8.1997

Tarikh : 23 Mac 1998

PERATURAN BARU CUTI SAKIT S.M VICTORIA

KEPADA: SEMUA PELAJAR
DARIPADA : Pentadbiran Sekolah

Sejak akhir-akhir ini,rekod kedatangan pelajar ke sekolah didapati tidak begitu menggalakkan berbanding dengan rekod kepontengan yang menggalakkan.Oleh itu.adalah wajar bagi pihak sekolah memperkenalkan beberapa polisi,seperti di bawah ini berkuatkuasa pada hari ini.

SAKIT : Sijil sakit daripada doktor tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk tidak datang ke sekolah.Pihak sekolah beranggapan sekiranya anda mampu pergi ke klinik, mengapa pula anda tidak boleh datang ke sekolah.
BORANG BALIK : Borang balik bukan lagi boleh didapati dengan sewenang- wenangnya lagi. Ini kerana penyewelengan dan penipuan sakit para pelajar terhadap sekolah tidak syak lagi.Oleh itu bagi sesiapa yang hendak memohon borang balik mestilah mempunyai sain sekurang-kurangnya 3 orang guru yang mengesahkannya.Ia juga mestilah disertakan dengan dalil-dalil yang sah.
KEMATIAN : Anda tidak sama sekali dibenarkan mengambil cuti untuk menziarahi mereka yang telah meninggal kerana kehadiran anda sudah tentu tidak dapat mengubah keadaan.Yang mati tetap akan mati,yang hidup kenalah terus bersekolah.
KEMATIAN (DIRI SENDIRI) : Sekiranya ada di antara anda yang hendak meninggal dunia, haruslah mengemukakan notis dua minggu dari tarikh kematian supaya pihak sekolah dapat mencari pengganti anda secepat mungkin.
LAIN-LAIN : penggunaan tandas.Sejak akhir-akhir ini,didapati ramai pelajar menghabiskan terlalu banyak masa di tandas sekolah.Untuk mengatasi masalah ini,kami ingin menyarankan kaedah penggunaan tandas mengikut abjad.Mengikut kaedah ini,pelajar yang namanya dimulakan dengan huruf A,diminta menggunakan tandas daripada pukul 8.00 pagi hingga 8.15 pagi, yang bermula dengan huruf B, daripada pukul 8.15 pagi hinggalah 8.30 pagi,begitulah seterusnya.Jika anda gagal menggunakan seperti waktu yang ditetapkan di atas, anda hendaklah tunggu hari berikutnya.

Sekian,Harap Maklum!

Yang Benar,
Pentadbiran Sekolah Menengah Victoria