CERITA KAWAN AKU…..

Apa-apa hal yang terjadi sekali pun dalam dunia ni,terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih kepada ketua editor "youth shake" homepage ini. Kerana memberi aku sedikit peluang dan ruang bagi menulis di ruangan ini.(Bodek ker?-Editor=Boboi) Sebenarnya dia nak bagi aku menulis banyak dalam hompej ini…tapi aku taknak tulis banyak dalam hompej ini disebabkan aku tak poyo cam korang semua…(kurang ajar tu…Arai!)

Ye,memang aku kurang ajar!tapi aku tak biadap.

Kurang ajar dengan biadap samalah tu Arai.

Tak sama,lain! Apa yang lain?

Lain….. ejaannya tak serupa,bengong!

Boleh kau huraikan maksudnya secara kurang ajar?

Boleh.Kurang ajar bermaksud orang yang kurang memahami sesuatu ajaran yang diajarkan kepadanya. Oleh itu dia masih boleh dimaafkan kerana tidak memahami dan harus diberi peluang untuk beberapa kali sehingga ai layak mengajar orang lain pula.

Dimana biadap pula terdiri dari orang yang sudah memahami apa yang telah diajarkan kepadanya tetapi sengaja menampilkan diri sebagai golongan yang tidak berpuas hati dari segi perbuatan mahupun dari tutur kata.

Okey..aku puas hati dengan penjelasan dikau.

Apa yang kau puas hati?

Aku puas hati kerana kau memang biadap!

Apsal pulak aku biadap?

Pasal kau tau maksud kedua-dua soalan aku tu.

Ceh..tak guna kau Boboi! Menyesal aku explain.

Tak apalah Arai aku maafkan engkau kerana engkau mungkin dari golongan yang kurang memahami dan harus diberi peluang beberapa kali seperi yang kau katakan..he.he..

Begitulah pengenalan ruangan aku nie…Awal-awal lagi dah mencerminkan kebusukan corak penulisan yang terhias pada karangan ini..

Untuk kauorang semua aku ingin berpesan,dalam hidup ini kita haruslah sentiasa berusaha dalam keadaan berwaspada.Pasal aku cakap macam tu?Pasal….di sekeliling kita pada zaman ini terlalu ramai masyarakat yang sekian maju dan peka pada setiap usaha kita untuk kepentingan mereka.Ya atau tidak itu cuma pendapat aku.Pendapat kauorang aku tak tau dan aku pun tak ingin ambil tahu kecuali diberitahu…

Eleh…cakap senanglah Arai…!Ya aku setuju.Bercakap memang senang tapi untuk memulakan percakapan itu yang paling susah.Yang paling susah lagi apabila tak reti bercakap.Orang bercakap dia pun nak bercakap tapi tah apa-apa yang dia yang dia cakap..(Apa kau cakap nie,..Arai?-Editor)

Ceritanya macam ni(start nak mengata la tu),adalah sorang kawan aku tu,muka taklah lawa sangat kalau nak dibandingkan dengan biskut ikan.

Biskut ikan pun cantik lagi tapi bezanya biskut ikan tak boleh bercakap....

- cerita akan disambung pada episod seterusnya pada waktu dan masa yang sama.

ChoCoLate©