Ujian Bulanan Mac 1998
Jawab hanya satu soalan sahaja.
Soalan 1
Anda dikehendaki menulis sebuah karangan yang berkaitan dengan perkataan LARI dan pastikan hujah yang anda berikan itu tepat dan tidak lari dari tajuk.Anda juga dikehendaki menerangkan maksudnya.Karangan anda mestilah melebihi 300 patah perkataan.
Soalan 2
Anda dikehendaki menulis sebuah karangan yang berkaitan dengan perkataan LAPAN dan pastikan hujah yang anda berikan itu tepat dan tidak lari dari tajuk.Anda juga dikehendaki menerangkan maksudnya.Karangan anda mestilah melebihi 300 patah perkataan.

SEKOLAH MENENGAH VICTORIA
PEPERIKSAAN BULANAN MAC 1998
KERTAS 2
BAHASA MELAYU
Soalan 1
Lari merupakan satu perkataan yang tiada kena-mengena dengan jalan,duduk,cangkung,lompat atau sebagainya.Malah lari juga tidak bermaksud kita akan jalan.Kerana lari sentiasa akan melarikan dirinya dari maksud sebenar lari itu sendiri.Yang lari akan terus lari, manakala yang jalan tidak akan lari sebab dia berjalan.

Mari kita larikan karangan ini dari tajuk asal agar kita akan dapat memahami maksud lari dengan lebih mendalam.Setiap orang pernah berlari bukan? Hinggakan seorang bayi pun akan berlari apabila besar nanti.Setiap insan juga tidak lari daripada mempunyai kenangan yang berkisar berkenaan dangan lari.Disini saya akan menceritakan sejarah hidup kawan saya mengenai lari.

Nama kawan saya Larian a/l Pecutan.Larian amat suka berlari mahupun melarikan diri dari sekolah.Larian dapat berlari dengan larian yang pantas sekali.Jalut mahupun Illyaz yang hebat belum tentu dapat berlari dengan Larian yang amat pantas lariannya.Oleh kerana Larian amat hebat dalam bidang berkaitan dengan lari,maka segala aktiviti di sekolah yang berkaitan dengan lari akan turut disertainya.Tidak kira samada lari dari Zaibo,lari lompat pagar sekolah,lari dari membayar untuk Tabung Kebajikan Osman,lari dari cakap sombong,dll lagi.Ada sesetengah orang berkata,Larian juga tidak ketinggalan untuk menyertai larian yang disertai oleh 2 orang pelajar di Centrat Market daripada Osman(kapur) dan Sam(pah).Kini,Larian kurang berlari kerana beliau telah menyertai satu kumpulan kongsi gelap yang bergiat secara senyap2 di sekolah.Kumpulan tersebut menamakan kumpulan mereka dengan bangganya iaitu "THE SAIN".Kumpulan ini dipercayai ditubuhkan oleh pelopornya iaitu Mr.Zaibo.Dan dibantu oleh Osman(kapur) dan Sam(pah).Ada pendapat mengatakan bahawa pelopor kumpulan ini masih lagi cuba mencari bakat-bakat baru untuk menambahkan ahli kumpulan ini.Bagi sesiapa yang berminat bolehlah mencuba untuk mempamerkan bakat mereka kepada Mr.Zaibo,Osman(kapur) dan Sam(pah) seperti lompat pagar,lari dari sekolah,lari dari kelas,dan lain2 lagi.Semua jenis manusia dialu-alukan,tidak kira samaada berpenyakit seperti ….e,hem..ataupun berpenyakit lain.Sebarang penyertaan adalah muktamad,buat masa ini tiada seorang pun yang keluar dari kumpulan ini.Mahupun secara sukarela ataupun secara paksa.

Hendak dijadikan cerita mengenai Larian a/l Pecutan,maka saya terpaksa berlari kerumah perlarian semata-mata ingin mendengar cerita lebih lanjut darinya.

Menurut Larian,ibunya bernama Larry Jamiliahton.Seorang duda anak lapan yang lari dari Pasifik Selatan dengan sebuah tongkang yang dipercayai diubahsuai menjadi Proton Wira yang digunakan hingga sekarang.Sedang Larry berlari, dia telah terlanggar Pecutan,pecutan mengatakan kepada Larry bahawa "kita mungkin pernah berjumpa tapi kita tidak kenal antara-satu sama lain".Dengan kuasa tuhan, jodoh mereka tidak dapat lari lagi sebab Pecutan sememangnya hensem dan cute dengan memakai "overall"(tommy Hillfiger) manakala Larry amat lari sekali dari hodoh kerana memakai jaket kesayangannya yang bertulis "Sepultura"..Lalu Pecutan mengungkapkan kata "I Love You So"Mereka pun diijabkabulkan.

Dihujung pertemuan saya dengan Larian , saya telah diberitahu oleh Larian bahawa cerita2 diatas adalah lari langsung dari sejarah hidupnya.Larian ketawa berdekah-dekah kerna berjaya menipu saya lalu melarikan dirinya.Namun betapa kuat sekalipun dia berlari,dia tetap tidak selamat sebab saya memandu VS125,manakala Larian hanyalah memandu V100.Tetapi dengan meminjam skill Tembak bulan yang dianugerahi oleh shaqir the second,dia dapat memecut dengan lajunya….tetapi,dia akhirnya terjatuh akibat melanggar Nissan Terrano.Maka matilah Larian dalam keadaan tak sempat melarikan diri.

Demikianlah serba sedikit mengenai perkataan lari.Dan apa yang patut saya beritahu disini adalah segala cerita di atas adalah lari langsung dari hakikat kebenaran.Tapi saya peduli apa,itu masalah awak….. saya tak tahu(bak kata Puan Norzaizen) Ini bermakna pemeriksa atau cikgu kena tipu dengan saya Maka….Lari….lari….lari…lari…!!!

© ChOcOLaTe 1998