JALUT KESEORANGAN DI STARHILL

Sabtu, 7/3/98 -VS125 kelabu yang dipercayai dimiliiki oleh anak Syarikat MARA Holdings telah bertukar milik kepada Jalut. Keadaan semakin meruncing apabila kemelesetan ekonomi yang telah melanda Asia menjadi agenda utama perbicaraan budak-budak Starhill. Manakala pada sebelah petang pula hujan gerimis dan kadang-kala ribut petir di tengah hari telah menyebabkan jualan minyak mentah telah merosot sebanyak 45 %. Sari berita penting. Kehadiran Jalut di Starhill tidak disedari oleh sesiapa. Kelihatan Jalut termanggu seorang diri akibat kurang mendapat perhatian daripada penduduk-penduduk Starhil yang kebanyakkan menganut agama Islam (memang yer, harap pada nama jer tapi hampeh). Pelbagai cara telah dilakukan oleh Jalut untuk mendapat perhatian daripada penduduk-penduduk Starhill tetapi menemui jalan buntu yang berhampiran dengan jalan cempaka 2 off jalan mutiara 8888 selamba 8. Kini Jalut dikatakan tidak lagi berjalan keseorangan di Starhill setelah mendapat kaunseling daripada Puan Rusni.