BUJAL JATUH MOTOR GARA-GARA MENGELAK KUCING


KUALA LUMPUR, Ahad-Benar atau tidak tapi ini adalah fakta . Malang tidak berbau, begitulah yang telah terjadi pada Bujal. Gara-gara mengelak seekor kucing, Bujal telah mengalami kemalangan yang agak teruk di bahagian siku. Sungguh buruk sekali siku Bujal pada masa ini. Bagi mereka yang terasa hendak meminjam barang dari Bujal dinasihatkan supaya tidak meminjam kerana Bujal merupakan buruk siku. Bagi mat race pasti tidak percaya dan pastinya akan tergelak apabila mendengar berita ini. Motor yang ditunggan oleh Bujal tidak mengalami sebarang kecacatan yang teruk, namun begitu tuan empunya "Scooter V100" meminta gantirugi sebanyak RM 100. Kini Bujal dalam proses menyelesaikan hutang walaupun beliau buruk siku. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menelefon nombor berikut untuk mendapatkan keterangan selanjutnya :-

 

a) Balai Polis Sentul 422 2233

b) Balai Polis Rawang 679 0021